Balai cerap al biruni biography
Balai Cerap Al-Biruni Putatan Jadi Destinasi Pelancongan
PUTATAN, SABAH Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil Putatan kwa dibuka sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, balai cerap tersebut merupakan antara 29 lokasi rasmi tempat melihat anak bulan seluruh Malaysia dan pembukaannya sebagai lokasi pelancongan sesuai dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) memandangkan bangunan tersebut merupakan salah satu mercu tanda Islam serta perkembangan ilmu falak di negeri ini.
Selain itu, Balai Cerap Al-Biruni juga akan dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pemangkin bagi penyelidikan dan pendidikan berkaitan dengan ilmu Falak serta Astronomi.
Menurutnya, kerajaan sangat komited dalam pelaksanaan Majlis Rukyah Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah) demi maslahah umat Islam di negeri khususnya dan seluruh negara khasnya.
“Majlis Rukyah Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah) dan Majlis Rukyah Hilal Ramadhan Tahun H / merupakan majlis rasmi bagi kerajaan negeri Sabah setiap tahun.
“Ia merupakan majlis terpenting dalam soal ibadah umat Islam iaitu bagi menetapkan bermulanya umat Islam berpuasa, menyambut Aidilfitri dan Aidiladha, katanya semasa Majlis Rukyah Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah) dan Majlis Rukyah Hilal Ramadhan Tahun H Best performance bagi negeri Sabah, pada Ahad.
Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya.
Hajiji turut berkata Rukyatul Hilal adalah suatu tuntutan, dan di Malaya kaedah rukyah (melihat) dan hisab (kiraan) adalah kaedah yang digunakan bagi menetapkan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.
“Dari segi perlaksanaannya pul, kaedah Rukyah dan Hisab dengan Kriteria Imkanur –Rukyah saling memenuhi keperluan di antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan.
“Kaedah Rukyah ini tidak boleh dipraktikkan dengan sebaik-baiknya jika pengetahuan ciri-ciri anak bulan tidak diketahui dan Rukyah tanpa persediaan teknikal adalah sia-sia
dan boleh menimbulkan kekeliruan.
Kerja-kerja yang berkaitan Rukyah Hilal adalah kerja mulia kerana ianya mempunyai nilai ibadah,ujarnya.
Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu Aziz Jaafar, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Ahadin Arinen dan Pengarah JHEAINS Jumain Abdul Ghani. JABATAN PENERANGAN SABAH